Wednesday, June 16, 2010

Kuning

Kuning
©Miss Zircon
(24 Jun 2009)

Ke kiri ke kanan,
Sumbang atur gerak,
Tari dalam lagu,
Membontoti si ibu dan kakak,
Liuk lentok lemah gemalai,
Bak kompas yang rosak,
Terkedek-kedek,
Lagak seorang model.

Kuning ternampak lopak,
Segera Kuning lompat,
Tenggelam dua kaki,
Jemari Kuning rapat-rapat.

Muncung Kuning tirus,
Lumpur berair mahu disudu,
Kesan sumpahan Nabi Nuh,
Terdampar di Bukit Judie,
Paruh Kuning diangkat,
Lantas ditelan penuh nikmat,
Glupp!
Hilang haus sejuk tekak.

Kuning jadi panik,
Bebola mata membesar mengecil,
Ah! Ibu! Kuning menjerit,
Kuning tercicir,
Kuning tersesat,
Ibu dan kakak tak kelihatan,
Hilang dari pandangan,
Senja nan hampir,
Kuning takut,
Kuning mahu pulang,
Pulang seperti itik,
Ah! Itik pulang petang!





Kuning sesat tak dapat pulang petang, so kuning pun pulang malam..Ciannye Kuning..huhuhu

No comments: