Sunday, October 17, 2010

Tak Terucap


Tak Terucap


©Miss Zircon

17 October 2010, Kuala Lumpur


Sukar kututur,

Ayat-ayat yang tidak lagi asing,

Di daerah pelarian hati,

Ayat-ayat yang sudah melebihi ke seribu kali diucap barangkali,

Ayat-ayat yang padanya tidak sanggup didengar oleh telinga hampir tuli,

Lantas kubiarkan ayat-ayat itu berkelana sendiri,

Memandang sepi dua telapak dan jari jemari,

Halkum sudah penat menjadi penata bunyi,

Kupejam mata menghijab dari bolosan cahaya,

Cuba lenyapkan kecamuk rasa,

Dalam kepayahan kutelan gundah,

Yang mudah hanyalah esak,

Yang tak terucap dalam lafaz doa,

Namun ku tahu Dia Maha Mengetahui...




Monday, October 11, 2010

Nasi Lemak

Menunggu hadir matahari untuk esok, bukanlah tergolong dalam aktiviti yng aku rancang... Tapi ia kuharapkan hadir bersama semangat baru. Dapat aku rasakan, semangat untuk ke tempat kerja semakin luntur dan hampir lumpuh kentalnya. Tau tak kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin, (A) aku yang ntah pape, (B) aku rasa gaji tak cukup mahal, hehehe (C) kekasihku di ofis sudah diambil orang, wakluuu ataupun (D) dan lain-lain...malas nak taip pjg2...

Tapi hakikatnya aku memang kena g keje esok walaupun agak malas-malas sebab tak sabar nak breakfast nasi lemak yang sodap kat Kedai Pak Mi (kt Medan Selera Bangsar yer)...kedai dia hujung sekali dalam row ke 3 if i'm not mistaken la...itu kalau dari Public Bank la...hahahaha...Public Bank pulak sebelah dengan kedai Berlian De Gem, dan sebelahnya lagi kampeni Bos aku namanya Geopancar...(kalu nak best sebut tutup hidung baru sebut biar bunyi agak-agak sengau sikit)...itu trademark aku la...dilarang meniru aksi ini di depan staff2 Geopancar mahunya banglo aku yang kena sita...kui3...adiozzz...

Saturday, September 25, 2010

Di Akhir Talkin (Puisi)

©Miss Zircon
26 September 2010
Kuala Lumpur

Tak mungkin,
Tak mungkin berulang,
Tiap yang berlalu pasti berlalu,
Walau merayu sejuta tangis,
Walau memburu sejuta rindu,
Ia tetap akan tertinggal,
Jauh di belakang waktu,
Menjadi pintalan kenangan,
Berlabuh di keranda abadi,
Bersauh di akhir talkin,
NamaMu ku ratib,
Puji dan memuji.


Wednesday, September 1, 2010

Tunggu gaji

Salam sejahtera..di kesempatan pengakhiran Ramadhan, mohon maaf buat semua teman2 di atas khilaf dan dosaku selama ini. Sejak akhir2 ni, jarang sekali ada masa terluang utkku menemani laman ini kerana masa sering jelez kat i...wakakaka...Bz beno gamoknye ye...ye dok mu ni? kui kui kui...apa2 pun jemput la datang ke rumah raya ni (ajak2 ayam je, itik i tak nak ajak)...jahatnya aku...baju raya dah beli sepasang,....hehehe, tunggu gaji masuk nak tambah lagi....tamak haloba sungguh...

Sunday, July 25, 2010

Sepi

©Miss Zircon

25 Julai 2010,Bangsar

Sepi

Sendiri melewati denai senja,
Langkah kukayuh bersahaja,
Memijak halus butiran pasir,
Menguis cengkerang rapuh,
Seiring waktu mengalir,
Menyapa angin semilir.

Bersauh aku di batu besar,
Kulihat tompok jingga awan,
Matahari malas-malas tenggelam,
Lama ku kunci bicara,
Hanya akal leka bercerita.

Aku termenung jauh,
Terbang bersama keriuhan camar,
Membuang lamunan,
Larut di ufuk barat,
Tanpa kusedar,
Kaki kuayun,
Menyapa masin laut,
Di kala ini,
Hanya sepi bertaut,
Hanya sepi membalut,
Dan hatiku sangat sepi.



Saturday, July 24, 2010

Tahniah Kala Yuda

20 Julai 2010, Ballroom Hotel Legend, KL

Terhentilah debaran peserta-peserta pertandingan menulis novel Fiksyen Sains Dan Teknologi UTM-KUMPULAN UTUSAN...lambatnya aku update...orang lain dah kecoh2 dalam paper dah pun...huhuhuhu...

Aku yang hadir paling akhir di saat orang dah lama dengar ceramah ditemani kawanku Cikgu Fatem tersipu-sipu dan tersengeh-sengeh masuk ballroom...Dah la majlis mula kul 2.30 kami datang kul 3...buat muka 15sen je masuk...

Tahniah buat Saudara Amer Hmzah L.Kadir bersama karyanya KALA YUDA yang menjuarai pertandingan menulis novel itu. Jeles aku tatkala beliau merangkul wang tunai sebanyak RM15,000. Wah! Banyak tu...

Tahniah juga buat Saudari Nurul Izwazi Mohd Nor dengan karyanya KRONIKEL BUMI yang mendapat tempat ke dua. Sejumlah wang RM7,500 menjadi milik beliau.

Tahniah juga kepada Saudari Ruzaini Yahya dengan karyanya TAWANAN KOMANDER CAUCACUS. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Pun banyak juga tu...pun aku jeles jugak....hehehe...Juga kepada pemenang saguhati Saudara Mohd Kasim Mahmud dengan karyanya PETAKA BAKTERIA dan Saudari Hafizah Iszahanid dengan karyanya RAWAN.

Aku? Aku hanya bermimpi di siang hari untuk jadi pemenang...hehehe...xpe la, at least petang tu makan free kat hotel, then leh jugak curi2 tengok Dato' A. Samad Said jauh-jauh sbb tak berani nak tengok dekat-dekat, apatah lagi nak mintak bergambar nga Dato'...moga-moga di kesempatan yang lain dapat la aku merasa bergambar dengan Dato' A Samad Said....amiiin...

Nota: Aku makan sepuas hati, namun malu-malu sebab semeja nga aku tu ada 2 orang boys yang macho...kui3...

Tuesday, July 6, 2010

Maafkan Aku Anna Abadi

Anna Abadi....tersentuh hati bila aku baru mengetahui berita sedih ni...Anna Abadi telah lama kembali ke rahmatullah sekitar 2007 mungkin...kenapa aku peminat setia pembaca blog arwah boleh terlalai. Mungkin dah terlalu lama aku tidak mengunjungi blog beliau..tau2 je aku buka hari ni dah kena tutup..aku terus mencari jawpan kenapa ditutup blog yg aku sgt2 suka tu...masyaAllah..di sini jawpannya...
Al-fatehah buat arwah Anna Abadi...kala aku sering berduka dahulu, blog anna abadi la penghibur ku...banyak ayat2 cintanya memulihkan semangatku....sangat sedih beliau dah pergi buat selama-lamanya....

First Time Karaoke

Salam buat semua. Ni nak sambung story yang first time interview kat bangsar tu. Aku ditemani oleh Fatem (jangan marah nak glamerkan mu jap,hehehe)... Sape Fatem ni? ehem, ehem..org yang cute mute dan dah berpunya. Seorang guru yang berkakilebar. Kui3...Nasib baik ada fatem yang baik budi ni. Diala yang bersusah payah anta aku g interview. Dahla sesi interview aku sejam lebih. Cian dia nunggu aku kat luar tu ha. Time kasih Tem...Then bila hbs interview mengusung langkah la kami ke kereta.

Tnpa diduga kete si Fatem ni kena saman la pulak. RM100 tu denda parking. Tak guna betul...Aku pun dah biasa kena saman parking kat johor tapi RM30 je...ni dah lebih seratus tu. Anak tauke balak pun leh bankrap mcm ni. ISh3...susah hatiku, berkecamuk sekali, dah la interview ntah pape, diuji pulak kena saman. Really guilty kat Fatem. Dah la mai teman aku interview kete dia lak kena saman. Adoiii...Seyes aku susah hati sgt. Mcm mana nak buat. Dahla aku pun mengembara je kt KL ni of coz la aku xdek duit kan. Malam tu aku tido dgn berfikir sejuta mcm perkara. Ermm...tak hbs2 Tuhan uji aku. Sedey sgt2...huhuhuhu....Malam tu masih menumpang kasih di rumah Fatem kat setapak. Kalu ikutkan hati yng resah, mahu shaja terbang balik Teganu lalu je. Tapi aku nak sgt jumpa best fren aku yang sorang ni esok pg. Nama dia Sakura Putih. Dia ni aku tak tau nak ckp cmne. Aku syg sgt dia. Dah 7 thun tak jumpa dia. Kami last jumpa masa konvo MRSM KT dulu. Dah rindu sgt2 nak jumpa dia. So, aku tabahkan hati, buat2 tak malu je menumpang lagi satu malam rumah Fatem yg baik ni.

Soknya, Sakura Putih pun datangla ambik aku dgn Jimny..perghh...terasa mcm dalam filem Sembilu Kasih je...kui3....ala yang Fendy naik tu...Kami luangkan masa indah bersama2 the whole day. Sakura Putih ajak aku jalan2...kami byk bercerita ttg diri yang dah lama tak bertemu mata. Ada duka dalam hidupmu sahabatku. Ada tangis di hatiku jua. Namun, lepas bertukar kisah hidup yang memeritkan aku rasa tenang sgt. Sakura Putih byk bgi kata2 semangat. Itu salah satu sbb yang aku syg sgt best fren aku yg sorang ni. Dia selalu bagi kata-kata berupa smngt,,,TQ Sakura Putih...Sakura Putih bawa aku p Wangsa Walk, and for the first time aku masuk karaoke nga Sakura Putih. lawak weh, tak pernah2 aku masuk karaoke...kami menyanyi sepuas hati and syok sendiri. Kahkakhkah....selepas sejam berkaraoke dgn harga RM18 sejam(mahal tu), Sakura Putih pun bawa aku p rumah dia then dia hiburkan aku dengan memainkan keyboard piano utk aku...Best sgt2..dia pndai main piano...proud of u Sakura Putih. Masih terngiang2 alunan indah itu. Mendamaikan kalbu, Dia fahm yang aku terseksa jiwa raga sgt, (masalah peribadi ok), dia pandai mengubat rawanku. Sayang sgt2 Sakura Putih....

Pahtu, mengada pulak aku, siap suruh Sakura Putih temankan aku g beli tiket kat Hentian Putra. Memang mnyusahkan la aku ni....huhuhu...Sakura Putih pun masuk parking kat parking lot kat basement kot. Then lepas beli tiket kami sesat cari kete.hahahhaha....penat aku turun naik tangga...lawak betul...tu baru tempat parking pun boleh sesat...kui3....pape pun enjoy sgt hang out nga Sakura Putih...

Monday, July 5, 2010

Dajal Dilaknat

Dajal Dilaknat
©Miss Zircon
12 April 2009 (UTM)

Kabus hitam, pekat, kelam,
Jinjang mendongak ke atas,
Sekejap lagi pasti hujan,
Lantai tak mungkin gersang,
Di bumi dataran pertaruhan,
Jijik mengheret pelesit,
Bertarung menghapus parasit!

Kau tak mungkin menang,
Di sini ada semangat juang,
Ada jihad berselirat taqwa,
Lihat saja pada lewat semalam,
Puak kau dilenyek lunyai,
Kamu masih bertemperau,
Memang dasar tak ada akal!

Sudah aku katakan,
Kalau nak mati mari berdepan,
Kalau sudi serahkan senapang,
Kau degil dan telinga pekak badak,
Kepala batu, kepala botak!

Sekarang kau dah tahu,
Aku bukan penipu,
Kau pun tengok,
Habis belakang sekutumu bongkok,
Aku lebih handal,
Tak pernah aku gagal,
Sekarang apa lagi,
Berambuslah dajal!

Sejentik Waktu

Sejentik Waktu

©Miss Zircon

3 Julai 2010


Sejentik waktu,

Sekian lama kutunggu,

Bukan bermaksud jemu,

Tapi tak tertanggung rindu,

Tak pula berputus harap,

Namun masih terhijab.


Sejentik waktu,

Akhirnya aku ketemu,

Indahnya sukar kuucap,

Bahagia yang aku kecap,

Lama kutatap,

Seraut wajah tertinggal dalam kenangan,

Seulas senyum bisa menenangkan.


Sejentik waktu,

Sangka ku itu kebetulan,

Hakikatnya satu anugerah,

Atas nama persahabatan,

Kau dan aku terus merelakan,

Meludah pahit penantian,

Bersama meratib syahdu,

Meneguk rindu yang kelat.


Sejentik waktu,

Kulihat di matamu ada tangisan,

Dibibirmu ada kelu yang panjang,

Dihatimu ada syukur pada Tuhan.


Miss Zircon: Sejentik Waktu, khas kutujukan buat insan bergelar sabahat yang tulus. Buatmu Sakura Putih.

Sunday, July 4, 2010

First Time Interview

Assalamualaikum ya ahli blog... Tersebut la kisah, lama benor tak update blog. Mu g mana sampai xdang nak update blog? Biaq cik habaqkz mai kat depa depa yang duk tanya cik p mana... Ada ke org tnya? Perasan la tu. Mcm xde je, tp nak citer gok bakpe.

Pada 25 hb 6 yg lalu aku tetiba tergerak hati nak buka email setelah berhari2 ku peram email biar kasi masam. Tut, tut, terkezut monyet bila dapat email aku kena g KL ada sesi briefing and interview satu keje ni. Fikiq punya fikiq rupanya aku ada apply keje tu via jobstreet. Terangsang punya pasal sbb 1st time org pggil utk interview keje maka soknya kelam kabut ribut taufan la aku g beli tiket bas g KL. Galau di hati usah citer la, dah la 1st time naik bas g KL weh...jakun...darat....hahahaha...cun cun bas sampai 2 tingkat tu...hahaha..lagi sekali jakun naik bas 2 tingkat. Maklumlah selama ni biasa naik perahu satu tingkat je.

Menumpang kasih la aku di rumah member kat setapak walaupun sebenarnya berjuta2 tapak. Then, 27 hb aku pun g la kat Plaza Pantai ni. Skema weh, pakai kasut aku. Dah la kasut tu longgar maka aku pun sumbatlah kertas. Jalan mcm robot yang cacat. Bila dah dgr briefing maka hatiku berubah pusing. Cepat2 aku berambus keluar sebelum aku sempat ke sesi interview. Wakakaka...Tak kuasa aku keje nga kampeni ni. Aik nape? Pjg citernya. Malas aku nak burukkan nama kampeni ni. Biar la kampeni tu dgn misinya yng tersendiri lagi unik. Maka, pulang la aku dgn rasa kecewa tanpa sempat ditemuduga. Malam tu aku kembali ke negeriku, Allah Daulatkan Tuanku Sultan Terengganu Darul Iman...

Seterusnya, 30 hb dapat lak kol daripada lagi satu kampeni ni. Yg ni lagi buat aku teruja. Maklumlah dapat interview utk QS kat Bangsar. Maka, sekali lagi aku kena melompat ke KL. Yang ni lagi ngeri, aku datang interview pada 2hb 7. Masuk2 je bilik interview, dia check resume aku. Cina yang interview aku tiba2 tnya aku, apa tu estimating? Aku pun dgn poyo mereka jawapan yang bodoh dan dgn bangga aku jawab "something yang kita ukur dari drawing atau pelan" tapi masa tu sebut dalam broken english la..hahaha.. cina tu pandang aku...dia cakap tu bukan estimating tu measurement. Pulak dah hatiku berkata-kata. Estimating ni benda yang kita ukur tapi kita sekadar anggar secara kasar. Ye la tu engkau. Mana la aku ingat dah 2 tahun aku tinggal sume tu. Then, aku angguk ke la, takkan nak geleng lak dpn cina tu. Pahtu, dia lukis segiempat berserta ukuran, then cina yang interview aku tu cakap, now, calculate this, i nak tau berapa lean concrete, volume of concrete and framework of concrete. Aku dah cuak. Ape mende cina ni? Adoiii...interview ke nak sembelih aku ni. Dahla aku tak study pape ni. Aku pun reka la jawapannya. Reka punya reka, cina tu ckp betul pun u calculate. Aku bangga buat seketika....hahaha...betul gak apa yg aku reka.

Then cina tu bagi aku pelan lak. Dia suruh aku bca drawing la pulak. Ish...menyampahnya aku cina ni. Aku macam kena bakar hidup2...Dah 3 tahun aku tak baca drawing weh. Jangan buli aku! hati ni menjerit ayu...wakakaka...Sejam lebih aku dalam bilik interview nga cina tu. Berpeluh di dalam aircond aku. Tak guna punya orang. kalu tak nak ambik aku keje, jgn buli aku...huhhhhh....serik dah akuu nak g interview lagi...moga2 lepas ni penginterviewer aku orng yang beriman lagi soleh. Kalu aku tak dapat keje QS kat bangsar tu pun aku tak heran la sbb sesi interview aku like a tahi lalat.