Thursday, June 17, 2010

Debu Dosa

DEBU DOSA
©Miss Zircon

Dalam kekalutan siang,
Dia asyik memburu dunia,
Tidak sempat memenuhi tuntutan yang hak,
Kepentingan diri lebih utama.

Dalam kesamaran senja,
Dia terus menghayun langkah,
Menuju pesta dunia,
Mungkin dia terlewat,
Kerana temannya telah lama di sana.

Dalam kegelapan malam,
Dia terus alpa,
Masih tak berganjak,
Wajah disapu debu dosa.

Dalam kedingingan sepertiga malam,
Hati terus mendesak,
Pesta belum tamat,
Dia akhirnya nyenyak dalam kesaljuan subuh.

Tanpa dia sedar,
Lenanya semakin jauh,
Melewati fajar yang bersauh,
Tak terganggu oleh kokokan yang riuh,

Yang pasti dia menerima dua kunjungan,
Oleh Izrail yang berkelulusan,
Jua saudara mahupun teman,
Kerana lenanya berpanjangan,

Aku bukan mengatakan keburukan,
Bukan untuk membongkar keaiban,
Aku cuma berpesan,
Kepada diriku sebagai peringatan,
Kerana aku jua bergelar insan,
Agar tidak seperti dia.

No comments: