Monday, June 21, 2010

Jenayah Alaf Baru!

Seringkali kita dengar jenayah sana sini sene sunu sono...Dalam paper usah citer, bnyk beno kes-kes jenayah, berjuta-juta lemon. Kadang-kadang mcm takut nak kuar rumah, apatah lagi nak berpeleseran tanpa teman tapi mesra. Rasa mcm nak bungkus dalam selimut pahtu masuk dalam almari senyap2...suruh mak kunci...kui3

Baru-baru ni telah dikenalpasti jenayah baru sempena alaf baru oleh segolongan pakar penyelidik jenayah antarabangsa(aku reka citer ni)...Yang ni lagi ngeri...Kawan-kawan aku yang disayangi sekalian alam, janganla korang terbabit dalam jenayah ni, tobat aku tak ngaku kawan....



Ni best fren sape ni? Cepat angkat tangan!

Sunday, June 20, 2010

Celaka Israel!!

"Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu, karena ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh, dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus, karena barang siapa yang mengambil ilmu sekaligus, akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit, bersamaan dengan perjalanan siang dan malam." (Az-Zuhri Rahimahullah, dari Yunus bin Yazid)salam wbt.. salam kasih mesra.

MISS ZIRCON: I've got an email from someone yakni seorang sahabat felo assistant UTM. Walaupun aku mantan pembantu felo, namun masih menerima email khas FELO UTM...xpe2..diaorng masih sayang aku...kui3...OK...back to email...touching...really touching...Gugur juga air mata ni bila menghayatinya. Menyentuh kalbu oh Tuhanku. Betapa sengsara Para Hamba Pejuang AgamaMu...

Hajat berkongsi satu email yang menceritakan pengalaman real wartawan TV3 ke Ghazza pada misi yg lalu..

Moga kita beroleh ibrah bersama..dan jangan lupe sebarkan!

Moga pada hari Palestina beroleh kemenangan nnti... kita ada SAHAMnya... ameen.. insya-allah..



Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir Razali kata ni Firaun modern.

Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )



































































Milo Vs Laptop Vs Tesis

Someone said, muka awk ni mcm lelaki la Miss Zircon. Ye ke? Ermm, tak pe la mana-mana pun. Aku tak kisah. Janji mulai hari ni, aku nak happy je...tak nak ingat dah kisah tragis dulu-dulu. Semoga Allah berikan kebahagian kepadaku setelah sekian lama aku berendam air mata. Aik??? Ape kena mengena muka macam laki dengan kisah tragis? Ntah la belalang. Orang kata hidup ni mcm roda, sering berputar. Bersilih ganti suka dan duka. Tapi pada aku hidup ni mcm laptop. Bila masuk virus terus hang. Tak leh nak fikir dah. Bila dah update antivirus atau format balik baru ok balik. Tapi kesan virus tu bukan 100% leh hilang. Mcm tu la kot diri kita ni, bila ada masalah kena dengar kata-kata semangat, update balik motivasi diri. Life must go on. Kata Amy Mastura, Janji kita hepi!

Sebut pasal laptop, pernah masa study dulu, aku tengah pulun buat tesis. Maklumlah last-last minute baru nak buat. Tu pun bila supervisor asyik call je. "Tomorrow, by hook or by crook i nak jumpa u...Bawa sekali tesis u. Mesti siap Bab 1, Bab 2 and Bab 3." Aku dengan gementar jiwa raga menjawab "Baik Dr. Sok pagi-pagi lagi sy datang bilik Dr." Perghh...dalam satu malam berjayakah misi utk aku menyiapkan 3 bab sekaligus? Ala bantai je.

So, stay up la aku pada malam itu. Buat la air milo sebagai peneman dikala malam yang gundah. Cun-cun tengah survive buat ayat power tesis, tergeliat la aku demi kerana mengantuk. Tak semena-semena tangan ini tersentuh dengan rakusnya segelas milo yang setia berada di sisi laptop.

My God! Air milo tumpah atas keyboard! Tatkala itu matila laptop serta merta tanpa aku belum sempat save tesisku itu! WAAAAAAAAAAAA!!!!!!! Crazy or what??? Apa aku nak jawab nga Dr. Sukri esok?????!!!!! Cobaan...

Friday, June 18, 2010

Bodoh

"Bodoh! Jangan panggil aku Bodoh la bodoh! Walaupun aku Bodoh, aku tak suka kau panggil bodoh! Huhh!! Bodoh punya orang!" Kata keldai yang bodoh lagi pemalas kepada tuannya.

"Kau memang Bodoh la Bodoh! Aku ada bukti yang kau ni Bodoh! Tak caye tengok ni bodoh!" Tuan keldai yang bodoh itu menunjukkan sekeping I/C kepada keldainya.

Pemilik Binatang Ternakan: Ponteng Kelas Bin Malas
Kategori Ternakan: Keldai Tak Cerdik
Nama Ternakan: Bodoh Bin Borobodo
Tarikh Lahir Ternakan: Doktor cacat lupa catat

Miss Zircon: Dua-dua bodoh...Moral of the story, ermm mcam xde moral je story tu...kui3...Rasanya ada la jugak cikit2 tu yakni jangan jadi bodoh...hehehe... Citer tu aku reka semata-mata xde kena mengena dengan sape2 pun, yg masih hidup atau pun yg akan mati, apatah lagi yang dah mati.

Thursday, June 17, 2010

Debu Dosa

DEBU DOSA
©Miss Zircon

Dalam kekalutan siang,
Dia asyik memburu dunia,
Tidak sempat memenuhi tuntutan yang hak,
Kepentingan diri lebih utama.

Dalam kesamaran senja,
Dia terus menghayun langkah,
Menuju pesta dunia,
Mungkin dia terlewat,
Kerana temannya telah lama di sana.

Dalam kegelapan malam,
Dia terus alpa,
Masih tak berganjak,
Wajah disapu debu dosa.

Dalam kedingingan sepertiga malam,
Hati terus mendesak,
Pesta belum tamat,
Dia akhirnya nyenyak dalam kesaljuan subuh.

Tanpa dia sedar,
Lenanya semakin jauh,
Melewati fajar yang bersauh,
Tak terganggu oleh kokokan yang riuh,

Yang pasti dia menerima dua kunjungan,
Oleh Izrail yang berkelulusan,
Jua saudara mahupun teman,
Kerana lenanya berpanjangan,

Aku bukan mengatakan keburukan,
Bukan untuk membongkar keaiban,
Aku cuma berpesan,
Kepada diriku sebagai peringatan,
Kerana aku jua bergelar insan,
Agar tidak seperti dia.

Dataran Akhirat

DATARAN AKHIRAT
©Miss Zircon

Langkah,
Seringkali tersilap,
Acapkali tersasar rentak,
Sumbang menyusun seribu gerak.

Langkah,
Dalam mencari sinar,
Terpanar dunia berirama,
Terbentang kekhusyukan pentas drama.

Langkah,
Ku terus menghampar jejak,
Mencari secalit pelangi tak bercorak,
Di ufuk kaki langit tak berganjak,
Hadirnya gerimis meneman tak diajak.

Langkah,
Seakan-akan rapuh dan lesu,
Jemu datang bertamu,
Tanpa nokhtah bertalu-talu,
Namun sinar belum kutemu.

Langkah,
Pastinya semakin usang,
Pada dunia tapak yang gersang,
Menunggu hari janji mendatang,
Tanpa pesan tanpa penghadang.

Langkah,
Akan tiba di garisan penamat,
Izrail datang bersama hajat,
Merentap jiwa melenyap nikmat,
Di mana kita di dataran akhirat.

Hatimu

HATIMU
©Miss Zircon

Ini hatimu,
Yang pernah kau beri,
Kujaga bagai nyawa sendiri.

Ini hatimu,
Yang dulu pernah kusiram,
Selaut harum kasturi.

Ini hatimu,
Yang pernah kusanjung,
Bagai bintang tinggi dijunjung.

Ini hatimu,
Yang dulu pernah bersatu,
Bercantum dengan hatiku.

Ini hatimu,
Ambillah kembali,
Kerana aku menyedari,
Hatimu tak layak kumiliki.

Hanya Mimpi

HANYA MIMPI
©Miss Zircon

Bayangmu,
Yang dulu sering kujejak,
Kini pudar dibalik esak.

Bayangmu,
Yang dulu sering kupuja,
Kini lenyap disapu air mata.

Bayangmu,
Bukan lagi buruanku,
Bukan lagi impianku.

Bayangmu,
Terpaksa aku biarkan pergi,
Kerana aku menyakini,
Bayangmu hanyalah mimpi.

Bicara Dulu

Bicara Dulu
©Miss Zircon

Bicara dulu,
Hanya aku dihatimu,
Hanya aku kekasihmu,
Hanya aku pujaanmu,
Hanya aku cintamu,
Dan hanya aku yang satu.

Bicara dulu,
Akulah sayangmu,
Akulah jua rindumu,
Akulah hidupmu,
Dan akulah penawar dukamu.

Bicara dulu,
Kau ingin selalu aku disisimu,
Kau ingin selalu aku dipelukanmu,
Kau ingin selalu aku diribaanmu,
Dan kau ingin selalu aku dihatimu.

Tapi sayang,
Bicara dulu telah layu,
Didustai pencinta setia,
Dibuang aku tanpa salam,
Dihina aku tanpa belas,
Sedangkan yang berbicara dulu,
Adalah cintamu yang kau belai,
Juga cinta hatimu.

Hakikat Cinta

Hakikat Cinta
©Miss Zircon

Hakikat sebuah cinta,
Datangnya tanpa diduga,
Penuh erti dan penuh duka,
Liku hidup yang dilalui bersama,
Umpama mawar yang sentiasa mekar,
Harum di seluruh jambangan.

Hakikat sebuah cinta,
Disambut penuh makna,
Dirai penuh bahagia,
Dibelai penuh mesra,
Dijanji penuh setia.

Namun kini,
Hakikat cinta itu,
Musnah tanpa ombak,
Pergi tanpa bayu,
Hilang tanpa arah.

Dan aku,
Mangsa cinta itu,
Terkapai mencari sinar baru,
Penuh pasrah dan penuh reda,
Kutempuhi penuh liku,
Biarpun kutahu,
Aku kini hidup tanpa cintamu.

Hakikat Cinta

Hakikat Cinta
©Miss Zircon

Hakikat sebuah cinta,
Datangnya tanpa diduga,
Penuh erti dan penuh duka,
Liku hidup yang dilalui bersama,
Umpama mawar yang sentiasa mekar,
Harum di seluruh jambangan.

Hakikat sebuah cinta,
Disambut penuh makna,
Dirai penuh bahagia,
Dibelai penuh mesra,
Dijanji penuh setia.

Namun kini,
Hakikat cinta itu,
Musnah tanpa ombak,
Pergi tanpa bayu,
Hilang tanpa arah.

Dan aku,
Mangsa cinta itu,
Terkapai mencari sinar baru,
Penuh pasrah dan penuh reda,
Kutempuhi penuh liku,
Biarpun kutahu,
Aku kini hidup tanpa cintamu.

Sekeping Hati

SEKEPING HATI
©Miss Zircon

Ini rahsiaku,
Jagalah dan simpan,
Semadikan di syurga kayangan.

Ini hartaku,
Tinggi nilainya,
Tak setanding samudera mutiara.

Ini nadiku,
Helaan nafas syahdu,
Sedutan bayu rindu.

Semua ini sebenarnya satu,
Hanya segumpal darah beku,
Dialah teman suka dukaku.

Inilah hatiku,
Ambillah cantumkan dengan hatimu,
Moga kasih terus berpadu.

Kota Monoksida

©Miss Zircon
On Air Radio IKIM

Kata ayah,
Dahulu,
Di sinilah nuri bersiul berlibur,
Di sinilah rusa bermain berhibur,
Rama-rama berlegar ke barat ke timur,
Pulangnya senja merentas zuhur,
Ralit memuja bunga nan subur.

Dahulu,
Tempat ini vila ternama,
Tiada toksik bermaharajalela,
Tanpa jerebu meliputi takhta,
Hujan gerimis penyejuk jiwa,
Di kaki langit pelangi tersenyum manja.

Dahulu,
Sungai ini jernih cermin berkaca,
Sinar suria terpantul ke muka,
Sungai ini punca rezeki desa,
Tempat haruan bertugu beristana,
Sungai ini syurga mandi-manda,
Pencari ilham ke sini kunjungnya.

Kata ayah,
Kini,
Nuri tak bersiul lagi,
Tiada seri menyambut pagi,
Rusa sudah berlalu pergi,
Mungkin merajuk membawa diri,
Rama-rama turut bersembunyi,
Bunga menanggung rindu sendiri,
Halaman mereka telah dijajahi.

Kini,
Desa ini mangsa kerasukan masa,
Tunduk di telunjuk anjakan paradigma,
Semakin alpa dimamah bayang usia,
Hutan batu kian beraja,
Ruang atmosfera seperti jelaga.


Kini,
Sungai ini racun segala derita,
Gedung penyimpan bakteria tak bervisa,
Ada Paramesium, Euglena jua Ameoba,
Pudar sudah biasan suria.

Kata ayah,
Inilah tanah air dunia berwawasan,
Kota tersurat sarat kemajuan,
Kota tersirat mercu kejahilan,
Kota metropolitan yang dimahkotakan,
Kota yang menjadi pertaruhan bangsawan,
Kota bertamadun pada zahir luaran,
Kota berteraju modal pembangunan,
Kota yang pupus modal insan,
Kota Monoksida serasi gelaran.

Menanti Janji

©Miss Zircon
On Air Radio IKIM

Pada suram langit itu,
Terhampar permaidani gerutu,
Melembar tirai usang,
Mengaburi segenap ruang,
Setelah purnama beradu,
Gerhana pula datang bertamu.

Aku masih di situ,
Walau kelam semakin tua,
Walau laut masih jingga,
Menanti secalit cahaya,
Bagai hina pengemis buta.

Aku kini di sini,
Merindui janji azali,
Menanti tersingkap hijab Rabbani,
Kerana aku telah menginsafi,
Akan kedaifan diri ini.

Aku tetap akan ke sana,
Di mana semua akan tertanya-tanya,
Pada tempat sesalan tak berguna,
Pada tempat tumpahan air mata,
Pada destinasi terakhir hamba,
Menanti janji tanpa kata.

Semalam, Hari Ini Dan Esok

©Miss Zircon
On Air Radio IKIM

Semalam yang berlalu,
Menerjah di legar usang,
Menyingkap tabir lipatan kenangan,
Wajahmu tenang seredup renungan,
Mendamai hati di kala rawan,
Tuturmu ikhlas berupa pedoman,
Peneman diri mengharung ujian.

Hari ini aku masih berdiri,
Menempuh liku sendiri,
Lemah tanpamu di sisi,
Tanpamu hariku sepi,
Tanpamu anganku sekadar mimpi.

Esok, masihkah ada untukku,
Mengutip sisa kekuatan,
Yang gugur bersama gerimis,
Yang berlalu bersama bayu,
Yang beriringan bersama rindu,
Yang pasti bonda takkan kembali,
Pergimu mengulit tangis,
Dirimu tiada pengganti,
Moga bonda bahagia bersemadi.

Kekasih Tuhan

©Miss Zircon
On Air Radio IKIM

Dusta!
Kau pendusta!
Jeritan itu menyinga,
Menusuk ke jiwa sutera.

Khianat!
Kau pengkhianat!
Penghapus agama moyang!
Semakin menyengat laungan menggila.

Tidak!
Dia bukan pendusta!
Dia bukan pengkhianat!
Dia pembawa rahmat!
Utusan dari Tuhan!
Tidak seperti kamu sangkakan!
Suatu suara datang membela.

Bukan,
Bukan tohmahan patut kau lontarkan!
Bukan cemuhan patut kau tebarkan!
Dia Rasul pilihan!
Penghulu akhir zaman!
Sinar kebenaran!
Dialah Muhammad,
Yang lahir dengan kemuliaan,
Dialah pembela di penjara akhirat,
Dialah Kekasih Tuhan.

Ada Doa

©Miss Zircon
On Air Radio IKIM

Di situ ada doa,
Luahan sejuta rasa,
Rayuan penuh hiba,
Yang lahir dari tulus jiwa,
Untuk Sang Pencipta.

Doa itu masih bergema,
Bertebar di ufuk sukma,
Menggamit dada maya,
Menepis duka lara,
Menjemput manis taqwa,

Moga terampun kelam dosa,
Disapu jernih air mata,
Seiring harapan hamba,
Kerana di situ,
Ada doa,
Bagi diriku yang berdosa.

Pemegang Pena

Pemegang Pena
©Miss Zircon
(17 Jun 2010)

Aku bangkit dari rebah parah,
Sekian lama menahan resah,
Kembali memegang pena,
Aku mendongak ke atas,
Menyelinap awanan,
Menerobos cakerawala maya,
Bolos tujuh petala,
Bersama pena aku terbang jauh,
Menyelak langit rasa.

Aku tunduk ke bawah,
Menyeluk ombak selautan gelora,
Bersama pena aku tegar menyelam,
Mencari seribu tiram,
Mengharapkan sebutir mutiara.

Aku memandang ke depan,
Terbentang sezaman daratan,
Bersama pena aku menghunus kata,
Lerailah jiwa pendusta,
Akulah pemegang pena,
Pantang berundur menongkah masa.

Wednesday, June 16, 2010

Kuning

Kuning
©Miss Zircon
(24 Jun 2009)

Ke kiri ke kanan,
Sumbang atur gerak,
Tari dalam lagu,
Membontoti si ibu dan kakak,
Liuk lentok lemah gemalai,
Bak kompas yang rosak,
Terkedek-kedek,
Lagak seorang model.

Kuning ternampak lopak,
Segera Kuning lompat,
Tenggelam dua kaki,
Jemari Kuning rapat-rapat.

Muncung Kuning tirus,
Lumpur berair mahu disudu,
Kesan sumpahan Nabi Nuh,
Terdampar di Bukit Judie,
Paruh Kuning diangkat,
Lantas ditelan penuh nikmat,
Glupp!
Hilang haus sejuk tekak.

Kuning jadi panik,
Bebola mata membesar mengecil,
Ah! Ibu! Kuning menjerit,
Kuning tercicir,
Kuning tersesat,
Ibu dan kakak tak kelihatan,
Hilang dari pandangan,
Senja nan hampir,
Kuning takut,
Kuning mahu pulang,
Pulang seperti itik,
Ah! Itik pulang petang!





Kuning sesat tak dapat pulang petang, so kuning pun pulang malam..Ciannye Kuning..huhuhu

Muara Peluru

Muara Peluru
©Miss Zircon

Dalam kemelut muara peluru,
Zionis berpesta menjamu nafsu,
Di tangannya ada kuasa,
Persis kota dia yang punya,
Berlagak bagai raja,
Padahal diri melata!

Meredah kemelut muara peluru,
Tangisan si kecil menjadi lagu,
Pujuk dan rayu dibuat tak tahu,
Hinggalah saat bertukar haluan,
Peluru melulu singgah ke badan,
Jiwa terpisah jasad berselerakan,
Dia ketawa mirip syaitan!

Dia bukan manusia,
Dia koloni dajal yang durjana,
Cuba tengok pada seragamnya,
Bagaikan pengecut ketakutan,
Memegang senjata 24 jam!
Ada sesuatu Yahudi tak tahu,
Ada sesuatu Zionis tertipu,
Janji palsu ganjaran nikmat,
Jangan disangka kau terselamat,
Hati keparat tersumbat kesumat,
Jahanam sedang menunggu,
Bakal tempat beradu!

Miss Zircon: Tuhanku, telah terang antara putih dan hitam. Jahanamlah musuhMU Ya Allah.

Hidupku Dan Hidupmu Bermakna

HIDUPKU DAN HIDUPMU BERMAKNA
©Miss Zircon


TEMA : DERMALAH ORGAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN
KATEGORI: INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
TAJUK : HIDUPKU DAN HIDUPMU BERMAKNA
TARIKH : 30 MEI 2009



KEHIDUPAN yang bagaimana kita inginkan? Hidup bersulam air mata? Hidup berteman hilai dan tawa semata-mata? Hidup yang berselang seli suka dan duka? Hidup yang bersilih ganti rumah dan hospital? Atau, kita impikan sebuah kehidupan yang bermakna?

Mengaku atau tidak, rata-rata makhluk yang bernyawa inginkan sebuah kehidupan yang indah, jauh daripada penderitaan yang menyeksakan. Bahagiakah kita andai harta yang berlingkar menggantikan sepasang biji mata? Tersenyumkah kita andai darjat yang dijulang memayungi jantung yang lemah?

Apalah erti hidup andai sering berlumpur dalam esak. Bagi yang malang, lumpuh impian yang dicanang andai seluruh kehidupan hanya terbaring di atas tilam milik hospital kerajaan mahupun swasta. Yang masih dikurniakan nikmat kesihatan atau berlabel manusia normal tanpa cacat dan cela masih mampu terkekek-kekek dan terbahak-bahak kebahagian tanpa menjenguk barang seketika ke tingkap bangunan yang menjadi rumah ke dua insan yang juga mahu tersenyum dan ketawa bersama-sama. Mereka sudah penat meratib hiba! Ayuh kita ziarah jendela duka mereka, agar seiring melakar pelangi kehidupan berwarna warni.

SUASANA cemas serentak menyelubungi dua bilik yang berasingan. Bilik pertama baru sahaja mendapat berita menggembirakan. Ah, seorang lagi bayi dilahirkan! Statistik kadar kelahiran negara bakal berubah lagi! Ibunya tersenyum, hilang rasa sakit setelah bayinya selamat dilahirkan. Pemeriksaan kesihatan segera dijalankan ke atas insan kerdil yang masih putih suci murni.

“Maaf puan, ada berita kurang menyenangkan. Diharap puan tabah dan banyak bersabar. Bayi puan mengalami komplikasi organ dalaman yang kronik.” Luluh hati seorang ibu mendengarkan bait kata daripada seorang pakar perubatan yang mengkelek fail rekod kesihatan bayinya.

“Maksud doktor?” Masih tidak mahu mengerti dan mengharapkan doktor itu sekadar bergurau. Matanya berpinar-pinar. Imej doktor di hadapannya terbelah dua. Lama-kelamaan menjadi empat, lapan, dan semakin banyak! Dia hampir pitam.

Insan Biasa

Insan Biasa

©Miss Zircon

DALAM keheningan malam, kedinginan dan kehangatan bersilih singgah di sukma raya. Tiada bintang yang sudi menyala. Hanya cengkerik bermaharajalela. Bagaikan malam milik mereka. Persis siang tak lagi bersua. Aku tidak seriang cengkerik yang sedang asyik. Perlukah aku cemburu? Sedang di hati tangis berlagu. Terbungkam dalam sejuta keluhan. Buat entah keberapa kali, aku kini dipanah rindu lagi.

Sekali sekala hanyut dalam angan yang jauh. Tak tergapai oleh tangan yang cemar terpalit noda. Aku termangu dalam kesyahduan. Dalam lena tidak bersauh. Andai bisa aku putarkan waktu, ingin sekali melewati detik itu. Detik untuk bersamamu. Detik yang tidak akan kembali. Detik itu telah berlalu. Aku rindu.

Aku menapak semakin laju dalam celahan ratusan bayangan. Mencungap-cungap lelah. Mana ibu? Mana ayah? Adik? Kakak? Aku tidak peduli. Hanya satu misi. Hanya satu pasti. Mahu selamatkan diri. Berlari tanpa menoleh. Berlari tanpa peduli. Berlari kerana tidak berani. Berlari dan terus berlari. Aku tidak mahu senasib dengan mereka. Aku tidak mahu menjadi makanan tengahari si celaka! Aku berlari di atas batu-batu yang tajam. Sekali sekali sempat kukutip jadikan bekalan. Bekalan untuk membalas dendam. Setelah agak jauh aku berpaling ke belakang. Ada sesuatu dalam genggaman tanganku yang gementar. Ada bekalan kukutip untuk membela diriku yang ketakutan. Lantas, aku gagahkan jua. Tangan yang kerdil kuangkat dan kubawa ke belakang selari dengan kepala yang pernah sujud pada Tuhan. Dengan sekelip mata tangan yang kerdil tadi sekali lagi aku ke depankan dengan sejuta kepayahan. Bertebaran anak batu yang kukutip menghala pada Zionis berhati syaitan. Anak batu yang bertebaran bagaikan mengherdik dan menghalau. Aah...bagaikan kapas yang terbang. Aku tidak berjaya menghalau Zionis yang kejam. Berderai hilai tawa mereka. Aku semakin ketakutan. Zionis terus mengejar. Aku kembali menyusun jejak di bumi Palestin yang menjadi perjudian. Berlari dan berlari tanpa haluan. Bagaikan nakhoda tanpa peta.

Ratib Rindu

RATIB RINDU
©Miss Zircon
(16 Mac 2009)


SUDAH lama dia tidak tersenyum. Hampir dua puluh tujuh tahun dia begitu. Dia sudah tidak pandai untuk mengukir senyum. Perlukah dia belajar untuk menghasilkan sebuah senyuman sedangkan di hatinya sarat dengan kedukaan? Mindanya berpecah-pecah. Wajahnya kusam seiring dengan wajah tuanya. Ada sesuatu yang masih menjadi tanda tanya. Masih belum terungkai persoalan itu. Dia hanya mahukan kepastian bukannya pendebatan. Tetapi ramai yang tidak sependapat dengannya. Ramai yang menyangkal bentuk soalannya. Tak pernah ada walau seorang pun yang memberi jawapan malah semuanya melontarkan kembali soalan itu kepadanya. Dia tidak kecewa. Dia nekad mahu mencari jawapan yang tepat. Dia tidak pernah malu bertanya sebegitu

Dia mengetuk pintu itu beberapa kali. Inilah kunjungannya yang pertama ke rumah itu setelah hampir dua puluh tujuh tahun ditinggalkan. Namun tiada balasan. Sunyi. Segera dia menguak daun pintu itu. Tidak berkunci rupanya. Daun pintu itu kini terbuka luas. Dia masih kaku di beranda. Tidak berani untuk mengayuhkan kakinya masuk ke dalam rumah itu. Matanya terus berpusat pada bahagian atas. Merenung pada atap. Sinar matahari boleh menceroboh masuk terus melalui lubang-lubang atap nipah yang telah banyak mereput. Juga dipenuhi dengan sawang labah-labah di sana sini. Mengertilah dia, kini rumah itu persis labah-labah yang punya. Matanya beralih, rakus meratah setiap inci ruang dalam rumah itu. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. Iya, sesuatu yang memilukan. Buaian! Serentak telinganya menangkap sesuatu. Iya, suara tangisan yang amat dirinduinya. Tangisan daripada buaian!

“Ibu datang! Ibu datang! Jangan menangis sayang!” Langkahnya pantas menerkam pada buaian yang masih tergantung kain batik yang sudah lusuh itu. Setibanya pada buaian, dia terbungkam. Hampa. Hanya mainan perasaan semata-mata. Dia terduduk sambil memegang kain batik buaian itu. Mengibas-ngibas debu dan daun-daun kering yang mungkin terjatuh dibawa angin masuk melalui jendela yang sentiasa terbuka dan mungkin juga melalui atap yang robek.

“Ya Allah, Subhanallah, tabahkan, tabahkan. Subhanallah temukan, temukan.” Wajahnya tersembam pada kain batik di buaian itu. Sekejap sahaja kain batik itu sudah basah menyerap air mata sucinya. Lama dia berteleku. Akhirnya dia cuba bangkit lagi. Dia menolak daun pintu sebuah bilik yang agak sempit. Alangkah terkejutnya, bilik itu masih bersih! Katil kayu berserta tilam dan cadar walaupun tampak usang namun masih bersih tanpa ada kesan debu apatah lagi tiada sawang labah-labah pun di bilik itu. Dahinya berkerut. Dia mendongak ke atas bumbung. Nyata, tiada atap yang bocor ataupun robek di situ. Bagaikan masih dijaga oleh seseorang. Tidak berani untuk dia menjenguk masuk. Segera ditutup kembali pintu itu dengan rasa keanehan.


Zarah Ilusi

ZARAH ILUSI
©Miss Zircon

PENERBANGAN telah melewati di atas Lautan Atlantik. Biru. Dari jauh pantulan cahaya yang amat menyilaukan mencuri masuk ke ruang hadapan melalui kaca komposit delima. Amat memedihkan mata. Bukaan kelopak mata kuyu Sir Fedler Harami disempitkan. Bertambah kuyu. Terserlah wajah kacukan Jepun-Perancis yang sudah melewati usia 40-an itu. Beberapa garisan jalur melintang seakan-akan bercantum namun tidak selari. Dahinya berkerut. Segera sebentuk kaca mata hitam ilusi koordinat yang sedia terpasang bersama fonkepala dijatuhkan menghijab kesilauan yang membolos garang.

“Kita hampir tiba ke titik koordinat sifar! Kelajuan akan ditambah melawan daya graviti! Hanya beberapa detik daripada kiraan tujuh minit.” Sir Fedler Harami sebagai juruterbang bertauliah melaporkan kedudukan mereka. Suatu pengalaman baru bakal ditempa. Sangat berharga. Tidak ada dijual di mana-mana.

Tujuh orang semuanya termasuk seorang juruterbang yang hebat di mata jutaan warga Kota Wexire. Kedudukan kerusi anak kapal masing-masing amat sistematik seiring dengan jenis tanggungjawab yang dijunjung berat. Mereka semua berada pada kedudukan seperti dalam kapal angkasa yang bulat. Masing-masing membelakangi yang lain dan mereka boleh mengubah kedudukan dengan hanya menekan butang samada ke arah utara, selatan, timur mahupun barat mengikut kesesuaian kecuali juruterbang dan kapten misi. Ruang itu diberi nama makmal kawalan misi. Terletak pada kedudukan di tengah-tengah badan jet Gagak Hitam SB1 (Segitiga Bermuda 1). Terpisah daripada tempat khas Sir Fedler Harami. Ruang khas Dr. Borhan Arshad sebagai kapten misi pula berada pada kedudukan di antara kabin juruterbang dan makmal kawalan misi. Bererti Dr. Borhan Arshad boleh menyaksikan ke dua-duanya sekali bertugas.

“Mulakan sistem peralihan bentuk kapal selam!” Arahan daripada Dr. Borhan Arshad sebagai kapten misi mengganggu perasaan lima anak kapal yang lain tak terkecuali Sir Hendra Sahak. Masing-masing diserang rasa gugup. Hemoglobin menular laju menusuk ruang dituju. Rasa tidak tenteram menerkam.

Kudus Pengharapan

KUDUS PENGHARAPAN
©Miss Zircon
Published: Dewan Sastera 2008

Andai mampu kuputarkan waktu,
Ingin aku kembali detik itu,
Andai mampu kulenyapkan senja,
Pasti kita masih bersama.

HAMKA pernah tersohor dengan kalimahnya berbunyi, “Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya.” Pepatah Inggeris ada juga menyebut, “Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga.” Juga ada peribahasa Mexico mengatakan, “Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap.”

Namun hal yang menyedihkan dalam hidup, adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Benarkah? Atau sekadar kiasan bahasa mahupun ungkapan baris kata untuk menyedapkan bicara?

“Adinda, pandanglah di awan sana, sungguh indah si bulan purnama, ibarat jernih air di kuala, begitu umpama kasih kita.”

“Kekanda, pandanglah pula di dahan sana, ada pungguk setia hatinya, merindui bulan jatuh ke riba, ibarat setiaku pada kekanda.”

Tuesday, June 15, 2010

Kudrat Yang Hilang

Kudrat Yang Hilang
©Miss Zircon


Kudrat yang hilang,
Tak daya lagi merintih,
Jauh sekali untuk bertatih,
Hanya bibir mampu bertasbih.


Kudrat yang hilang,
Tak jemu mata berhujan,
Menunggu hikmah tersimpan,
Kerana aku percaya kalam Tuhan,
Sesudah susah adanya senang.

Monday, June 14, 2010

Monolog Senyum

Monolog Senyum

©Miss Zircon


Bukan mudah untuk senyum,

Tersilap senyum dikatakan gila,

Tidak senyum sombong pula,

Buat-buat senyum serba tak kena.


Bukan mudah untuk senyum,

Terlebih manis mengalahkan gula,

Kalau tawar orang mengata,

Entahlah, dunia oh dunia...

Saturday, June 12, 2010

Kalau Engkau Doktor

Kalau Engkau Doktor

©Miss Zircon



Ada pesakit meraung,

Luka itu dalam,

Menghiris seketul daging,

Darah yang membuak,

Menjadi darah kering,

Merah saga dalam maya,

Hitam pekat tak bercahaya.


Pesakit itu menjerit,

Reseptor deria sakit mengesan,

Kesakitan yang memuncak,

Air mata melimpah ruah,

Orang lain yang memandang,

Saling berpandangan,

Mungkin memikirkan penyelesaian,

Mungkin bersimpati tanpa sempadan.


Kata orang yang memandang:

Kasihan,

Lambatnya doktor datang.


Tiba-tiba muncullah seseorang,

Dialah yang dimaksudkan,

Dia tidak terburu-buru menerkam pesakit,

Bersahaja dalam renungan.


Kata pesakit:

Kalau engkau doktor kenapa berdiam?

Melihat saja tanpa tindakan?

Atau engkau tidak bertauliah?


Kata doktor:

Maafkan aku sayang,

Lukamu luka perasaan,

Lukamu kisah nan silam,

Hatimu hampir pecah,

Merekah-rekah,

Biarlah kurawat dengan cinta,

Kau pasti sembuh,

Tapi....


Kata pesakit:

Tapi apa?

Ubat cintamu tidak mujarab?


Doktor mengulangi:

Kau pasti sembuh,

Tapi mungkin setelah berganti musim,

Kau pasti sembuh,

Tapi tetap berparut.


Kata pesakit:

Semoga cintamu,

Cinta yang tulus,

Terima kasih di atas rawatanmu.