Saturday, July 24, 2010

Tahniah Kala Yuda

20 Julai 2010, Ballroom Hotel Legend, KL

Terhentilah debaran peserta-peserta pertandingan menulis novel Fiksyen Sains Dan Teknologi UTM-KUMPULAN UTUSAN...lambatnya aku update...orang lain dah kecoh2 dalam paper dah pun...huhuhuhu...

Aku yang hadir paling akhir di saat orang dah lama dengar ceramah ditemani kawanku Cikgu Fatem tersipu-sipu dan tersengeh-sengeh masuk ballroom...Dah la majlis mula kul 2.30 kami datang kul 3...buat muka 15sen je masuk...

Tahniah buat Saudara Amer Hmzah L.Kadir bersama karyanya KALA YUDA yang menjuarai pertandingan menulis novel itu. Jeles aku tatkala beliau merangkul wang tunai sebanyak RM15,000. Wah! Banyak tu...

Tahniah juga buat Saudari Nurul Izwazi Mohd Nor dengan karyanya KRONIKEL BUMI yang mendapat tempat ke dua. Sejumlah wang RM7,500 menjadi milik beliau.

Tahniah juga kepada Saudari Ruzaini Yahya dengan karyanya TAWANAN KOMANDER CAUCACUS. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Pun banyak juga tu...pun aku jeles jugak....hehehe...Juga kepada pemenang saguhati Saudara Mohd Kasim Mahmud dengan karyanya PETAKA BAKTERIA dan Saudari Hafizah Iszahanid dengan karyanya RAWAN.

Aku? Aku hanya bermimpi di siang hari untuk jadi pemenang...hehehe...xpe la, at least petang tu makan free kat hotel, then leh jugak curi2 tengok Dato' A. Samad Said jauh-jauh sbb tak berani nak tengok dekat-dekat, apatah lagi nak mintak bergambar nga Dato'...moga-moga di kesempatan yang lain dapat la aku merasa bergambar dengan Dato' A Samad Said....amiiin...

Nota: Aku makan sepuas hati, namun malu-malu sebab semeja nga aku tu ada 2 orang boys yang macho...kui3...

2 comments:

anasu no haha said...

phew melepas duit riban2..xpe, cari pengalaman dulu..pasni join contest lagi..chaiyok!!!

Miss Zircon said...

Hehehe..yang paling syok dah la aku baru keje, siap minta cuti lagi nak g majlis tu...hahaha...bos aku pun main sign je...wakakaka