Tuesday, July 6, 2010

First Time Karaoke

Salam buat semua. Ni nak sambung story yang first time interview kat bangsar tu. Aku ditemani oleh Fatem (jangan marah nak glamerkan mu jap,hehehe)... Sape Fatem ni? ehem, ehem..org yang cute mute dan dah berpunya. Seorang guru yang berkakilebar. Kui3...Nasib baik ada fatem yang baik budi ni. Diala yang bersusah payah anta aku g interview. Dahla sesi interview aku sejam lebih. Cian dia nunggu aku kat luar tu ha. Time kasih Tem...Then bila hbs interview mengusung langkah la kami ke kereta.

Tnpa diduga kete si Fatem ni kena saman la pulak. RM100 tu denda parking. Tak guna betul...Aku pun dah biasa kena saman parking kat johor tapi RM30 je...ni dah lebih seratus tu. Anak tauke balak pun leh bankrap mcm ni. ISh3...susah hatiku, berkecamuk sekali, dah la interview ntah pape, diuji pulak kena saman. Really guilty kat Fatem. Dah la mai teman aku interview kete dia lak kena saman. Adoiii...Seyes aku susah hati sgt. Mcm mana nak buat. Dahla aku pun mengembara je kt KL ni of coz la aku xdek duit kan. Malam tu aku tido dgn berfikir sejuta mcm perkara. Ermm...tak hbs2 Tuhan uji aku. Sedey sgt2...huhuhuhu....Malam tu masih menumpang kasih di rumah Fatem kat setapak. Kalu ikutkan hati yng resah, mahu shaja terbang balik Teganu lalu je. Tapi aku nak sgt jumpa best fren aku yang sorang ni esok pg. Nama dia Sakura Putih. Dia ni aku tak tau nak ckp cmne. Aku syg sgt dia. Dah 7 thun tak jumpa dia. Kami last jumpa masa konvo MRSM KT dulu. Dah rindu sgt2 nak jumpa dia. So, aku tabahkan hati, buat2 tak malu je menumpang lagi satu malam rumah Fatem yg baik ni.

Soknya, Sakura Putih pun datangla ambik aku dgn Jimny..perghh...terasa mcm dalam filem Sembilu Kasih je...kui3....ala yang Fendy naik tu...Kami luangkan masa indah bersama2 the whole day. Sakura Putih ajak aku jalan2...kami byk bercerita ttg diri yang dah lama tak bertemu mata. Ada duka dalam hidupmu sahabatku. Ada tangis di hatiku jua. Namun, lepas bertukar kisah hidup yang memeritkan aku rasa tenang sgt. Sakura Putih byk bgi kata2 semangat. Itu salah satu sbb yang aku syg sgt best fren aku yg sorang ni. Dia selalu bagi kata-kata berupa smngt,,,TQ Sakura Putih...Sakura Putih bawa aku p Wangsa Walk, and for the first time aku masuk karaoke nga Sakura Putih. lawak weh, tak pernah2 aku masuk karaoke...kami menyanyi sepuas hati and syok sendiri. Kahkakhkah....selepas sejam berkaraoke dgn harga RM18 sejam(mahal tu), Sakura Putih pun bawa aku p rumah dia then dia hiburkan aku dengan memainkan keyboard piano utk aku...Best sgt2..dia pndai main piano...proud of u Sakura Putih. Masih terngiang2 alunan indah itu. Mendamaikan kalbu, Dia fahm yang aku terseksa jiwa raga sgt, (masalah peribadi ok), dia pandai mengubat rawanku. Sayang sgt2 Sakura Putih....

Pahtu, mengada pulak aku, siap suruh Sakura Putih temankan aku g beli tiket kat Hentian Putra. Memang mnyusahkan la aku ni....huhuhu...Sakura Putih pun masuk parking kat parking lot kat basement kot. Then lepas beli tiket kami sesat cari kete.hahahhaha....penat aku turun naik tangga...lawak betul...tu baru tempat parking pun boleh sesat...kui3....pape pun enjoy sgt hang out nga Sakura Putih...

2 comments:

Sakura Putih said...

Tiada apa yg menyusahkan diriku saat kau bersamaku..kesusahan dan kedukaanmu mendatangkan mendung di hatiku..kerana itu aku ingin melangkah bersamamu agar mendung itu bisa berarak pergi..dan hatiku akan disinari mentari yg muncul dari kesenangan dan kegembiraanmu ...

Miss Zircon said...

Sakura Putih diri ini pasti disimbah bahagia tika bersamamu...huhuhuhu